ModeStail

7 Cara Atasi Masalah Punggung Besar

punggung besar - programusahawan.com

Kredit Foto : sheknows

Punggung Besar. Setiap wanita di dunia ini mengharapkan kesempurnaan dalam penampilan. Namun, sebahagian wanita mempunyai masalah tersendiri, misalnya memiliki punggung besar sehingga menjadi sukar ketika hendak memilih pakaian.

Disebabkan bermasalah dengan ukuran punggung yang besar dan lebar, ramai wanita menghabiskan waktu berjam-jam di depan cermin dan bertukar satu demi satu pakaian sehinggalah bertemu dengan pakaian yang sesuai.

Sekiranya penampilan tersebut dirasakan masih tidak kena atau berkenan di hati, sudah tentu keyakinan dirinya akan hilang. Ada juga di antara wanita berpunggung besar yang sering bingung untuk mensuaipadankan pakaian mereka.

Berikut beberapa tips dan trik bergaya untuk buat anda yang memiliki punggung besar:

1. Pilih warna gelap dan terang. Padankan baju warna cerah dengan seluar atau skirt bewarna gelap. Teknik ini akan membuatkan ukuran pinggang anda ke bawah kelihatan lebih kecil dan tidak terlalu melebar.

 

2. Jika anda menyukai pakaian bermotif, pilih motif kecil atau sedang. Motif besar atau ber-print boleh membuat kan punggung anda kelihatan semakin membesar.

 

3. Pakailah jaket atau cardigan untuk menyembunyikan punggung bedar anda itu. Jadi, pakailah cardigan atau jaket yang mampu menutupi bahagian punggung tersebut.

 

4. Pilihlah seluar atau skirt daripada material yang tebal. Ia akan mencengkam punggung anda, sehingga punggung besar anda itu kelihatan lebih ramping.

 

Baca Juga: Bergaya Dengan Skirt Kembang

 

5. Elakkan memakai seluar atau skirt yang mempunyai detail di bahagian punggung, misalnya sulaman. Pilihlah pakaian yang berpotongan ringkas.

 

6. Anda boleh memakai dress, tetapi pilihlah yang berpotongan H atau lurus dari atas ke bawah untuk menyeimbangkan bentuk tubuh anda yang besar di bahagian bawah.

 

Baca Juga: Dress Labuh

 

7. Untuk mengalih perhatian mata daripada terus memandang ke arah punggung besar anda itu, sebaiknya anda pakailah aksesori seperti rantai bear, cincin besar yang unik dan sebagainya.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

<< Ketahui tips bergaya untuk anda yang berbadan besar di sini.

 

 

Previous post

5 Cara Menghilangkan Panau

Next post

6 Rahsia Menawan Hati Lelaki Pemalu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *