Serikan Aidilfitri Kali Ini Dengan Pelbagai Pilihan & Inspirasi Biskut Raya
Kuih Semperit atau biskut Dahlia telah lama menjadi kuih tradisi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan di beribu-ribu buah rumah di Malaysia. Berbentuk sekuntum bunga daisy yang sedang mekar dan dihiasi dengan kepingan buah ceri, ia mengimbau nostalgia dan rasa yang unik menjanjikan keenakan yang tidak terperi.